Finn

Side Kick






READ THIS FOR ME :)
God speaks in the silence of the heart. Listening is the beginning of the prayer. So, don't you ever give up. When you feel down and your world is crumbling, remember that you still have God above. Always remember and ask to HIM because HE listens to every prayers you made.
Advertisement
Airplanes cut through the clouds like angels can fly :)

Check out my stuff ;)

Vas happenin' !
Hello and Welcome my 4 Muggle[s]
I have shared what I like and I feel since June 2011 ;)
Chat with Finn :)



♦ URL blog wajib ada , not email
♦ Harsh words & Anon not allowed
IP anda dikesan !

Credits


This skin is made by : Mrs AF

All rights reserved ® Finn 2011 - 2016


Cerpen Pertama Aku : Anugerah Terindah Dari Tuhan


2 June 2012 5:17 pm 1 Directioner(s)

Assalamualaikum !
Heyy folks !
Rindunya kat korang! Yeay! Follower blog aku sekarang dah genap 100 orang. Penat aku usaha kan ? Thank you korang sebab sokong blog aku ni . :) Hari ni aku ada hadiah untuk korang! Aku ada sebuah cerpen nak suruh korang baca ni . Cerpen ni aku reka sendiri tau . Then, aku hantar kat SINI . Tapi tak tahu laa diorang dah publish ke belum . So, harap sangat korang support aku  . Kalau ada komen atau idea, boleh hantar kat comment box aku atau cbox aku . Tak nak buang masa lagi . Baca elok-II yee ! >,<


Anugerah terindah dari Tuhan :

            Semua pasangan pasti inginkan kebahagiaan. Bukan hanya sementara namun kekal selamanya. Amir Fariz dan Nurul Iman, pasangan suami isteri yang pada mulanya bahagia tiba-tiba bertukar menjadi duka. Kerana kata-kata ibu mertua, hati Nurul Iman terasa perih dan pedih hingga menyebabkan hubungannya dengan Amir Fariz menjadi renggang.
          Apakah permintaan itu? Mampukah rumah tangga yang mereka bina selama ini rukun kembali?

 IMAN! Iman!” jerit Amir Fariz dari luar rumah. Pintu rumah diketuk sekuat hati. Hujan yang turun semakin lebat di luar.
“Ya! Kejap bang!” teriak Nurul Iman dari dalam. Cepat-cepat dia berhenti memotong bawang lalu ke ruang tamu untuk membuka pintu.
“Huh… Nasib baik,” ujar Amir Fariz lalu membuang kaca mata tanpa bingkai yang dipakainya. Dia meraup wajahnya yang terkena hujan. Kaca matanya itu dipakai kembali.
“Kenapa lambat sangat bang?” tanya Nurul Iman sambil tangannya dihulurkan untuk mengambil beg plastik dari tangan suaminya.
“Yalah. Nak cari limau madu ni susah sikit. Cari kat supermarket pun belum tentu jumpa tau,” balas Amir Fariz sambil mengajak isterinya duduk di sofa yang berwarna coklat tua di ruang tamu.
“Iman minta maaf sangat sebab menyusahkan abang. Habis tu Iman nak sangat-sangat makan buah limau tu,” ucap Nurul Iman sedih.
Never mind. I rather for my little baby,” balas Amir Fariz sambil mengusap lembut perut isterinya. Isterinya itu kini sedang hamil lima bulan. Sebenarnya, Nurul Iman pernah mengandung sebelum ini tetapi sayangnya dia keguguran. “Baby nak makan limau madu, ya? Papa dah belikan. Nanti baby makan tau,” ucap Amir Fariz. Telinganya ditekapkan ke perut Nurul Iman.
Nurul Iman mengusap rambut suaminya. Sungguh bahagianya mereka ketika itu. Namun, peristiwa yang  berlaku dua tahun yang lalu kini kerap bermain-main di fikiran Nurul Iman. Walaupun telah dicubanya untuk tidak mengingati peristiwa itu tetapi ianya tetap hadir juga di benaknya. Peristiwa yang hampir membawa perpisahan kepada dia dan Amir Fariz.
KOLAR baju pun abang tak pakai betul-betul,” omel Nurul Iman di awal pagi ketika mereka sedang bersiap-siap untuk ke hospital. Tangannya mencapai kolar baju suaminya untuk dibetulkan. Amir Fariz tersenyum nakal.
“Ehem, ehem,”Amir Fariz berpura-pura batuk. Nurul Iman kehairanan.
“Abang sakit ke?”tanya Nurul Iman. Tangannya ligat memakaikan suaminya tali leher. Amir Fariz masih lagi tersenyum nakal tanpa berkata apa-apa bak kata lagu Najwa dan Malique, senyum tak perlu kata apa-apa. “Hah ni senyum-senyum mesti nak sesuatu kan?” sambung Nurul Iman. Dia sudah masak dengan perilaku Amir Fariz.
Dengan pantas Amir Fariz mencubit pipi isterinya. Nurul Iman melepaskan tangannya daripada kolar baju Amir Fariz.
“Abang! Sakitlah!” jerit Nurul Iman sambil mengejar suaminya.
“Sayang takkan dapat kejar abang,” balas Amir Fariz lalu berlari menuju ke tingkat bawah rumah mereka.
Sesampainya di bawah, Nurul Iman berasa aneh kerana tidak nampak langsung kelibat suaminya. Tiba-tiba, dia merasa dirinya dipeluk dari belakang.
“Abang…” bisik Nurul Iman dengan nada yang mengancam.
“Sayang, kan best kalau kita ada anak. Mesti rumah ni lagi ceria kan,” ujar Amir Fariz. Tangannya masih lagi memeluk kemas pinggang isterinya itu. Dia mencium pipi isterinya.
“Ada rezeki adalah bang. Dahlah. Jom pergi. Nanti ramai pulak patient yang tunggu.”
Amir Fariz melepaskan pelukannya. Setelah itu, dia dan Nurul Iman berpimpinan tangan ke garaj kereta.
Amir Fariz dan Nurul Iman bekerja sebagai doktor. Untung mereka bekerja di tempat yang sama iaitu di Subang Jaya Medical Centre. Jadi, setiap hari mereka berangkat ke tempat kerja bersama-sama.
DOKTOR, pesakit dalam  wad 5E6 dah sampai masa nak bersalin!” beritahu seorang jururawat kepada Nurul Iman.
“Kalau macam tu siapkan ruang pembedahan sekarang!’ gesa Nurul Iman. Dengan pantas dia mencapai kot berwarna putihnya lalu bersegera ke ruang pembedahan.
Dua jam berlalu barulah pembedahan tersebut selesai. Nurul Iman menarik nafas lega. Rasa lelah kian menghantui dirinya namun dia berasa amat bimbang dengan keadaan pesakitnya yang gawat. Kepalanya juga terasa berat dan kerap pening sejak akhir-akhir ini. Dengan berat hati dia melangkah keluar dari ruang pembedahan.
“Macam mana dengan isteri saya doktor?” tanya seorang lelaki yang berumur awal 30 an. Mungkin dia suami kepada wanita yang bersalin tadi.
“Isteri encik okey tapi …” Nurul Iman takut untuk meneruskan ayat yang seterusnya.
“Tapi apa doktor?” tanya lelaki tersebut.
“Maafkan saya. Kami tidak dapat menyelamatkan anak encik kerana dia telah lemas di dalam perut semasa isteri encik melahirkan,” ujar Nurul Iman lambat-lambat.
“Allahuakbar! Ya Allah!” teriak lelaki tersebut. Dia terduduk di atas lantai. Nurul Iman bersimpati.
“Saya harap encik dapat bersabar,” ucap Nurul Iman lalu berlalu pergi.
JAM sudah menunjukkan jam lima petang. Semua staf yang bekerja untuk syif pagi beransur-ansur pulang. Nurul Iman masih duduk berteleku di meja kerjanya. Masih termenung semenjak pembedahan yang dilakukannya tadi. Kedengaran pintu diketuk dari luar.
“Masuk,” ucap Nurul Iman sepatah.
“Hai sayang!”
“Hai..” sahut Nurul Iman lemah.
“Kenapa ni?” tanya Amir Fariz.
“Abang, Iman rasa bersalah sangat since operation tadi.”
“Buat apa nak rasa bersalah sayang? Iman, look at me,” arah Amir Fariz. Nurul Iman menoleh ke arahnya. Mutiara-mutiara jernih mula gugur dari kelopak matanya. Amir Fariz mengesat air mata Nurul Iman.
“Semunya sebab Iman!”
No! Bukan semuanya salah Iman. Iman, semua yang terjadi mesti ada hikmahnya. Kalau Allah nak tarik nyawa seseorang, itu kehendakNya. Kita sebagai manusia hanya perlu redha dan ikhlas. Kalau kita bersedih itu maknanya kita tak redha. Kita tak ikhlas dengan dugaan yang diberikanNya. Tugas kita sebagai doktor memang menyelamatkan orang tapi dengan izin Allah, sayang. Dah, dah. Abang tak nak tengok Iman nangis lagi,” pujuk Amir Fariz. Dia menggenggam erat tangan Nurul Iman.
“Terima kasih abang. Sekarang baru Iman lega sikit.”
“Amboi, sikit je? Hehehe,” Amir Fariz mengekeh.
“Teruk lah abang ni. Hari ni nak Iman masakkan untuk abang atau nak makan kat luar aje?”
“Kita makan kat rumah mama lah,” putus Amir Fariz.
“Mama abang ke mama Iman?”
“Malam ni rumah mama abang lah dulu okey,” ujar Amir Fariz lalu mengenyitkan matanya. Nurul Iman melentokkan kepalanya ke atas bahu Amir Fariz. Rasanya nyaman sekali.
“Jom balik rumah,” ajak Nurul Iman.
“Tak nak balik lagi,” balas Amir Fariz. Nurul Iman mendongak untuk melihat wajah suaminya. Dia melihat suaminya tersenyum nakal. Amir Fariz memeluk erat tubuh isterinya. Sangat erat. Nurul Iman terjerit kecil kerana pelukan suaminya terlalu erat.
“Abang, nak peluk tu peluklah perlahan sikit. Jangan kuat-kuat sangat.”
“Biarlah. Nanti Iman lari susah pulak abang. Hehe..,” Amir Fariz mengekeh.
“Yalah tu. Jom balik. Nanti lewat pulak sampai rumah mama,” ajak Nurul Iman lagi. Mereka berdua bangun serentak.
“Aduh!” teriak Nurul Iman.
“Kenapa ni Iman?” Amir Fariz risau melihat isterinya.
“Kepala Iman pening lah, bang.” Nurul Iman memicit-micit kepalanya. Rasanya ruangan itu berputar dengan amat laju. Perlahan-lahan semua yang ada di sekelilingnya menjadi kabur. Akhirnya dia rebah.
AMIR Fariz mundar-mandir di hadapan pintu wad. Untung semasa Nurul Iman pengsan mereka masih lagi berada di rumah sakit.
Kelihatan seorang doktor perempuan keluar dari wad tersebut.
“Ina, macam mana dengan Iman?” tanya Amir Fariz. Doktor Ina merupakan teman sekerja mereka di hospital tersebut.
“Kau ni kan. Doktor, tapi tak tahu pun yang isteri kau mengandung,” jawab Doktor Ina sambil menggeleng-geleng kepala.
Seriously?!” tanya Amir Fariz meminta kepastian.
“Iya lah. Dah nak masuk 3 bulan dah.”
Yes! Yes! Yahoo!” jerit Amir Fariz. Untung tidak ramai orang yang lalu-lalang di hadapan wad tersebut. Doktor Ina sekali lagi menggelengkan kepalanya. “Thanks Ina!” ucap Amir Fariz lalu melangkah masuk ke dalam wad di mana isterinya ditempatkan.
“Abang…” panggil Nurul Iman. Suaranya kedengaran lemah kerana dia baru sedar.
“Iman!” sahut Amir Fariz. Dia tersenyum kegirangan. Di dalam hati dia bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan Tuhan kepada dia dan Nurul  Iman. “Macam mana sekarang?”
“Macam mana apa?” tanya Nurul Iman kembali. Amir Fariz mengusap lembut perut isterinya. Nurul Iman tersenyum lebar.
“Akhirnya kan sayang,” ucap Amir Fariz. Nurul Iman mengangguk.
“Sukalah tu,” usik Nurul Iman.
“Mestilah! Tak lama lagi kita dah nak dapat anak. Abang bersyukur sangat sayang.”
“Kan Iman dah cakap tadi. Ada rezeki adalah tu,” balas Nurul Iman sambil memegang erat tangan suaminya. “Dahlah. Cakap malam nanti nak makan dekat rumah mama. Nanti lewat pulak sampai,” sambung Nurul Iman. Dia mencuba untuk turun dari katil. Amir Fariz membantu.
“Tak nak duduk sini ke? Iman tak sihat lagi ni,” tutur Amir Fariz.
“Buat apa duduk kat sini? Bosanlah. Lagipun Iman bukannya tak sihat. Baby ni je yang  meragam,” balas Nurul Iman lagi.
“Yalah yalah! Jom!” Amir Fariz memegang erat tangan isterinya. Nurul Iman hanya membiarkan dia berbuat demikian.
MALAM tersebut, seperti yang diberitahu Amir Fariz, dia dan Nurul Iman makan malam di rumah orang tua Amir Fariz. Malam itu agak istimewa buat Amir Fariz kerana dia akan mengumumkan berita kehamilan Nurul Iman kepada orang tuanya. Kebetulan semua adik-beradiknya berkumpul bersama malam itu. Nurul Iman menyerahkan pemberitahuan kehamilannya kepada Amir Fariz.
Amir Fariz berhenti mengunyah makanan. Dia meneguk sedikit air yang ada di hadapannya. Nurul Iman turut mengikut.
“Perhatian semua!” Amir Fariz memulakan bicara. “Hari ni Riz ada sesuatu nak beritahu.”
“Sesuatu? Agaknya apa ya?” usik adik kepada Amir Fariz. Mereka semua ketawa kecil.
“Riz nak umumkan yang Iman dah hamil!” beritahu Amir Fariz. Semua yang ada di meja makan terdiam seketika. Setelah itu, suasana menjadi semakin gamat dengan gelak tawa mereka. Orang yang paling gembira dengan berita tersebut ialah ibu Amir Fariz.
“Betul ke ni Riz? Mama rasa tak percaya pulak!”
“Betul ma! Tadi Iman pengsan dekat hospital. Ina kata dia hamil. Riz pun rasa macam tak percaya. Kan sayang?”
            Nurul Iman hanya mengangguk sambil tersenyum.
            “Lepas ni Iman kena hati-hati lah,” ucap mama Amir Fariz.
            “Insya-Allah ma,” jawab Nurul Iman.
            “Dah berapa bulan kandungan kamu?”
            “Baru masuk tiga bulan.”
            Ibu mertuanya mengangguk.
Selesai makan, mereka sekeluarga duduk berbual di ruang tamu. Adik Amir Fariz tidak habis-habis menyakat mereka berdua. Sakit perut Nurul Iman dibuatnya akibat terlalu banyak ketawa.
            “Dahlah tu Aisya. Kesian Kak Iman kamu tu,” tegur mama Amir Fariz.
            “Okey,okey ma!” adiknya mengalah.
            “Iman pergi tandas kejap ya?” Nurul Iman meminta izin. Amir Fariz mengangguk.
            “Riz, mama ada perkara nak cakap dengan kamu ni.”
            “Ada apa ma?”
            “Pasal Iman,” mamanya berkata. Amir Fariz sedikit kaget.
            “Kenapa pulak dengan Iman?”
            “Sebenarnya bukannya berkait sangat dengan Iman. Mama cuma risaukan bakal cucu sulung mama. Kamu tahu kan yang kamu tu anak sulung mama. Jadi mama pun nak cucu sulung mama sentiasa sihat,” mamanya memulakan bicara.
            “Jadi?” tanya Amir Fariz. Dia masih tidak mengerti  akan maksud mamanya itu.
            “Jadi mama nak Iman berhenti kerja.” Amir Fariz tersentak. Nurul Iman yang kebetulan baru keluar dari tandas juga terpempan di sebalik dinding berdekatan ruang tamu. Dia mula menangis.
            “Kenapa pulak Iman mesti berhenti kerja?” tanya Amir Fariz lagi.
            “Kerja sebagai doktor tu memenatkan dan menyibukkan, Riz. Mama takut nanti Iman penat dan sibuk sangat sampai tak ada masa nak uruskan cucu mama,” terang mamanya. Amir Fariz hanya diam di tempat duduknya. Nurul Iman masih lagi menangis.
            “Tapi kenapa ma?” terjah Nurul Iman. Amir Fariz dan mamanya terkejut. “Kenapa Iman mesti berhenti?” tanya Nurul Iman lagi. Air matanya semakin lebat mengalir. Walaupun dia telah berjanji kepada dirinya untuk kuat menghadapi ujian yang mendatang namun dia tetap kecundang.
            “Mama cuma nak kamu fokuskan kepada anak kamu, cucu mama,” balas ibu mertuanya.
            “Iman tak rasa yang Iman boleh lakukannya. Iman minta maaf ma!” Nurul Iman berlari ke luar rumah. Dia masuk ke dalam kereta lalu menangis sepuas-puasnya. Amir Fariz buntu. Baru sebentar tadi mereka semua gembira dengan berita kehamilan Nurul Iman. Dalam sekelip mata sahaja semuanya musnah.
            “Ma, Riz rasa Riz patut balik dulu lah,” Amir Fariz meminta izin.
            “Mama nak Riz pujuk jugak Iman supaya berhenti kerja. Mama tak nak cucu mama tak sihat. Kalau tak, Riz kena pilih antara Iman atau mama!”
            Amir Fariz menjadi semakin buntu. Dia tidak tahu sama ada ingin memilih siapa antara Nurul Iman dan mamanya. Amir Fariz meminta izin mamanya untuk pulang. Dia melangkah deras ke arah kereta.
            “Iman? Iman?” Amir Fariz memanggil Nurul Iman yang duduk di sisinya di dalam kereta. Nurul Iman masih menangis. Dia tidak mengendahkan panggilan Amir Fariz. Amir Fariz menghidupkan enjin kereta. Dia memanggil Nurul Iman sekali lagi. “Sayang?” Nurul Iman tidak mengendahkan juga panggilannya. Amir Fariz mengalah lalu memandu kereta pulang ke rumah mereka. Sepanjang perjalanan, mereka hanya diam tidak seperti selalunya ada sahaja perkara yang akan mereka bualkan.
            Sesampainya di rumah, Nurul Iman terus naik ke kamar mereka. Dia sama sekali tidak memandang wajah Amir Fariz.
            “Iman! Iman!” panggil Amir Fariz. Dia masih tidak berputus asa. Nurul Iman tetap tidak mempedulikan suaminya.
            PAGI itu Nurul Iman bangun agak awal. Dia memerhatikan Amir Fariz yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya.
            ‘Abang.. Maafkan Iman.’ bisik Nurul Iman pada pagi yang hening itu. Dia bersegera melangkah ke kamar mandi. Pagi itu juga Nurul Iman duduk bertafakur di atas tikar sejadah. Dia tidak putus-putus berdoa untuk diri dan keluarganya. Air matanya bagaikan sudah kering. Sudah tidak ada lagi air mata yang tinggal.
            Selepas menyediakan sarapan untuk suaminya, dia kembali ke kamar untuk mengejutkan suaminya. Hari itu suaminya akan melakukan satu pembedahan untuk seorang pesakit yang hampir buta matanya akibat terkena serpihan mercun. Nurul Iman teragak-agak untuk mengejutkan suaminya.
            “Abang..Abang..,” kejut Nurul Iman perlahan. Dia menggoncangkan tubuh tegap Amir Fariz. Amir Fariz masih lagi tidak bangun. Nurul Iman meletakkan tangannya ke dada suaminya. Dia mengusap lembut dada suaminya sambil mengejutkannya. Perlahan-lahan Amir Fariz membuka matanya. Dia tersenyum tipis. Dia mengangkat tangannya lalu menggenggam tangan Nurul Iman yang masih terlekat di dadanya. Nurul Iman menjadi tidak keruan. Cepat-cepat dia melepaskan pegangan tangan suaminya.
            “Kenapa ni?” tanya Amir Fariz.
            “Cepat mandi. Iman dah siapkan sarapan. Nanti lambat pulak sampai hospital,” ucap Nurul Iman dingin. Dia kemudiannya ingin berlalu tetapi dihalang oleh Amir Fariz.
            “Iman, please answer me. Kenapa ni?”
            “Tak ada apa-apa lah. Dahlah. Iman nak siap-siap dulu ni,” balas Nurul Iman lantas bangun dari sisi katil. Amir Fariz hanya membiarkan isterinya. Emosi Nurul Iman masih lagi tidak stabil. Kalau dibiarkan ianya hanya akan membawa kesan buruk untuk kandungannya. Dia memerhatikan isterinya yang sedang memakai tudung. Matanya sama sekali tidak berkelip. Nurul Iman yang perasan akan kelakuan suaminya cepat-cepat keluar dari kamar mereka.
            Amir Fariz bersegera membersihkan dirinya. Dia dapat merasakan bahawa hubungan mereka agak dingin semenjak mamanya meminta Nurul Iman berhenti bekerja. Dia tahu yang dia perlu menyelesaikan semuanya secepat mungkin. Ya! Secepat mungkin!
            “KENAPA Iman ambik kunci kereta lain?” tanya Amir Fariz ketika Nurul Iman menyambar kunci kereta lain di dinding tempat kunci-kunci disangkutkan. Nurul Iman diam. Dia terkaku di situ. “Abang tanya ni! Jawab!” Amir Fariz mula meninggikan suaranya. Nurul Iman sedikit kaget.
            “Iman nak pergi kerja sendiri,” jawab Nurul Iman ringkas.
            “Kenapa pulak? Kan tempat kerja kita sama.”
            “Ikut suka Iman lah!” jerit Nurul Iman. Dia melangkah keluar rumah. Amir Fariz tidak sempat menghalang isterinya. Nurul Iman terus menghidupkan keretanya. Kereta yang dihadiahkan oleh papanya kerana dia telah mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun akhir ketika  dia belajar di Auckland, New Zealand dahulu. Amir Fariz mengetuk-ngetuk pintu tingkap kereta Nurul Iman namun tidak diendahkannya. Nurul Iman terus memecut laju ke hospital meninggalkan Amir Fariz yang terpinga-pinga di situ.
            Nampaknya memang Nurul Iman masih lagi bersedih dengan kata-kata yang dilontarkan ibu mertuanya. Amir Fariz perlu berbicara dengannya segera. Amir Fariz segera menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan telefonnya. Dia mendail nombor seseorang. Apabila talian telah disambungkan, dia terus bercakap. Mukanya kelihatan sangat serius. Dia mengunci pintu rumah lantas menghidupkan enjin kereta untuk ke hospital. Ternyata dia sudah lambat untuk ke sana kerana bertekak dengan Nurul Iman tadi.
            NURUL Iman tiada konsentrasi untuk melakukan kerja pada hari itu. Harlina, temannya berasa amat hairan dengan sikapnya yang berubah secara mendadak.
            “Iman, kau kenapa ni? Aku tengok dari tadi kau asyik termenung aje,” tegur Harlina sambil membelek-belek fail pesakitnya. Nurul Iman tersedar dari lamunannya.
            Nothing lah. Aku okey. Cuma pening sikit,” bohong Nurul Iman. Dia berpura-pura membelek fail yang ada di hadapannya.
            “Biasalah orang pregnant ni. Aku dulu macam tu jugak,” balas Harlina. Dia berjalan ke arah rak untuk menyimpan fail pesakitnya. Nurul Iman hanya memerhatikan temannya itu.
            “Lin, aku nak tanya sesuatu boleh tak?”
            “Boleh. Tanyalah.” Harlina duduk di atas kerusi di hadapannya.
            “Kalau ada seseorang suruh kau berhenti kerja, kau akan berhenti tak? Maksud aku orang yang suruh tu orang yang paling kau hormati dan sayangi.”
            “Hah??” Harlina terlopong. “Maksud kau?”
            “Maksud aku, orang tu suruh kau berhenti kerja untuk kebaikan seseorang yang lain. Kau akan berhenti tak?” tanya Nurul Iman lagi.
            “Kalau aku lah kan, aku takkan berhenti sebab aku sayang gila pekerjaan ni. Dah ni memang kerjaya aku. Aku minat nak jadi doktor dari aku kecik lagi. So, aku takkan berhenti,” Harlina memberikan pendapatnya. Nurul Iman mengangguk kecil. “Kenapa kau tanya aku pulak ni?”
            “Tak ada apa-apa. Saje je aku tanya kau,” Nurul Iman tersengih.
            Kedengaran bunyi pintu diketuk dari luar. Nurul Iman dan Harlina tersentak.
            “Masuk!” ujar mereka berdua serentak. Kelihatan Amir Fariz sedang berjalan masuk ke dalam ruangan mereka berdua. Wajah Nurul Iman mula berubah. Muka Amir Fariz kelihatan serius.
            “Abang tunggu Iman dekat bilik abang,” beritahu Amir Fariz. Setelah itu dia berpaling untuk keluar. Harlina berasa amat pelik dengan sikap Amir Fariz. Biasanya dia selalu ceria. Nurul Iman tidak sempat mengiyakan dan menidakkan arahan Amir Fariz tadi.
            “Korang ada masalah ke?” tanya Harlina. Nurul Iman menggeleng.
            “Tak ada papelah. Kau jangan risau okey. Aku pergi jumpa dia dulu,” balas Nurul Iman lalu mengorak langkah keluar. Di dalam hati dia berdoa agar Amir Fariz tidak marah dengan tindakannya pagi tadi.
            Nurul Iman melangkah deras ke ruangan Amir Fariz. Perutnya pula ketika itu meragam kerana dia tidak bersarapan pagi tadi. Dia hanya membiarkan suaminya bersarapan sendirian. Pintu ruangan suaminya dikuak perlahan. Dahinya sudahpun berpeluh kerana ketakutan. Mukanya kelihatan sedikit pucat.
            “Abang..” tegur Nurul Iman. Amir Fariz yang tenggelam dalam timbunan fail pesakitnya mendongak. Dia mengeluh sejenak.
            “Abang rasa kita straight to the point je lah,” Amir Fariz memulakan bicara. “Abang nak kita selesaikan semuanya hari ni dan sekarang jugak!”
            “Iman rasa kita tak sesuai cakap hal yang personal dekat sini. Kita datang sini nak kerja bukannya nak bincang hal yang tak penting kat sini.”
            “Iman cakap tak penting?!” Amir Fariz mula melenting dengan sikap isterinya. “Iman sedar tak apa yang Iman cakap ni hah?”
            “Ya Iman sedar! Iman sedar yang suami Iman tak macam dulu lagi! Mana suami Iman yang penyabar macam dulu? Mana?!” Nurul Iman juga mula meninggikan suaranya. “Mana suami Iman yang tak pernah sekalipun marah isteri dia? Mana?!!” Nurul Iman mula menangis teresak-esak. Dadanya terasa amat sakit kerana menahan sebak di dada.
            Amir Fariz kehilangan kata-kata. Dia terpempan.
            “Iman rasa kita patut selesaikan hal ni kat rumah. Iman pergi dulu.” Nurul Iman melangkah keluar. Amir Fariz sama sekali tidak menghalangi isterinya untuk keluar dari ruangan tersebut.
            Nurul Iman merasakan yang dia tidak patut berada di hospital itu buat masa itu. Jadi, dia membuat keputusan untuk mengambil cuti setengah hari. Nurul Iman memandu kereta ke suatu tempat yang boleh membuatnya tenang. Tempat yang penuh dengan limpahan kasih-sayang.
            KERETA Nurul Iman yang masuk melalui sebuah pintu masuk segera diparkir di tempat letak kereta yang agak luas. Nurul Iman mengesat sisa-sisa air matanya yang masih berbaki. Dia menarik nafasnya lalu turun dari kereta. Dia melangkah dengan yakin ke arah tempat yang ingin ditujunya.
            “Assalamualaikum,” Nurul Iman memberi salam.
            “Waalaikumussalam,” salamnya disahut oleh seseorang. Nurul Iman tersenyum melihat orang yang menyahut salamnya. Mereka berdua bersalaman. Nurul Iman memeluk tubuh wanita yang sudah berusia separuh abad itu.
            “Mak Mah apa khabar?” Nurul Iman bertanya setelah dia dijemput masuk ke dalam.
            “Baik, Alhamdulillah. Iman macam mana?”
            “Alhamdulillah sihat.”
            “Eh, Kak Iman!” teriak seorang kanak-kanak perempuan. Dia meluru ke arah Nurul Iman yang sedang duduk di atas sofa.
            “Hey.. Sofia kan?” tanya Nurul Iman.
            “Ya, Sofia lah ni. Lama Kak Iman tak datang sini. Kawan-kawan yang lain pun rindu Kak Iman,” balas Sofia, kanak-kanak perempuan tadi. “Kawan-kawan, Kak Iman datang!” teriak Sofia. Tidak lama kemudian, keluar lebih kurang sepuluh orang kanak-kanak meluru ke arah Nurul Iman. Sejuk hatinya melihat kanak-kanak tersebut. Walaupun mereka sudah tidak mempunyai orang tua, tetapi mereka tetap gembira dan menjalani kehidupan mereka dengan ikhlas. Apabila dia bersedih, dia akan mengunjungi Rumah Anak Yatim Seri Kenanga itu.
            “Assalamualaikum semua!” ucap Nurul Iman ramah. Dia tersenyum lebar melihat kanak-kanak tersebut.
            “Waalaikumussalam Kak Iman,” jawab mereka semua serentak. Semua kanak-kanak tersebut menuju ke arah Nurul Iman dan duduk di atas lantai, di hadapan Nurul Iman.
            “Nampaknya semua happy aje hari ni. Ada apa ek?” Nurul Iman cuba meneka.
            “Mestilah suka sebab Kak Iman datang sini,” jawab Humaira, salah seorang penghuni rumah nak yatim tersebut. Dia berusia 15 tahun dan dia juga bagaikan seorang kakak bagi kanak-kanak di rumah anak yatim tersebut.
            “Iya ke? Kak Iman minta maaf sangat sebab Kak Iman tak sempat nak belikan apa-apa untuk kamu semua,” balas Nurul Iman. Dia memandang wajah kanak-kanak yang ada di hadapannya satu persatu. Terdapat satu sinaran yang memancar ke dalam hatinya. Semua kanak-kanak yang ada di hadapannya diam.
            “Kak Iman, jomlah kita main dekat taman,”ajak Hafiz.
            “Jomlah kak!” ajak kanak-kanak yang lain pula.
            “Yalah yalah. Jom!” Nurul Iman bangun dari sofa begitu juga dengan Mak Mah. Kanak-kanak yang lain juga turut bangun. “Siapa lambat sampai kat taman dia kena denda!” teriak Nurul Iman lantas berlari-lari anak ke taman di belakang rumah anak yatim tersebut. Kanak-kanak yang lain turut mengikut. Tiada rasa lelah sedikitpun apabila dia bersama kanak-kanak tersebut. Bersama mereka, dia dapat melupakan sebentar masalah yang dihadapinya.
            “Intan lambat sampai!” teriak Danish. Intan, seorang kanak-kanak yang berusia lima tahun itu termengah-mengah kerana baru lepas berlari.
            “Ala, mana aci! Korang lari laju sangat,” protes Intan.
            “Dahlah tu semua. Intan kan kecik lagi. Jadi tak payah denda lah,” pujuk Nurul Iman. “Korang nak main apa ni?” tanya Nurul Iman.
            “Nak tak kita main kejar-kejar?” cadang Humaira. Walaupun dia sudah meningkat remaja tetapi kadang-kadang dia juga bersikap seperti kanak-kanak yang lain.
            “Okey. Cepat lat tali lat dulu,” gesa Nurul Iman. “Aduh!” Nurul Iman memegang perutnya. Hal ini pasti kerana dia tidak bersarapan pagi tadi.
            “Kenapa Iman?” tanya Mak Mah.
            “Tak ada apa-apa lah Mak Mah. Sakit perut aje ni.”
            “Iman duduk dululah. Nanti Mak Mah suruh Humaira ambilkan air untuk Iman. Maira!” Mak Mah memanggil Humaira. Humaira segera berjalan ke arah Mak Mah. Nurul Iman duduk berehat di atas kerusi.
            “Ada apa Mak Mah?” tanya Humaira.
            “Tolong ambilkan air putih untuk Kak Iman,” arah Mak Mah. Humaira segera berlari ke dalam rumah untuk mengambil air.
            Muka Nurul Iman tiba-tiba menjadi pucat. Dia berasa mual-mual. Dia segera berlari ke dalam rumah untuk memuntahkan segalanya.
            “Iman! Iman! Kenapa tu?” panggil Mak Mah. Nurul Iman berada di dalam bilik air itu selama lebih kurang 15 minit. Mak Mah setia menunggu di hadapan pintu bilik air. Pintu bilik air dibuka perlahan. Nurul Iman muncul dalam keadaan yang tidak bermaya.
            “Mak Mah, kenapa tunggu Iman?”
            “Mak Mah risau tengok Iman. Kenapa Iman muntah? Iman mengandung ke?” tanya Mak Mah.
            “A’ah Mak Mah. Baru masuk tiga bulan,” jawan Nurul Iman tenang. Mak Mah memimpin Nurul Iman ke ruang tamu. Mak Mah mengangguk kecil.
            "Sebenarnya dari tadi lagi Mak Mah nak tanya ni tapi..”
            “Tanya je Mak Mah,” potong Nurul Iman.
            “Kenapa Iman datang sini? Maksud Mak Mah bukan ke Iman kerja hari ni?”
            “Oh pasal tu. Iman ambik cuti setengah hari. Lagipun dah lama Iman tak datang sini. Rindu pulak dengan budak-budak tu.”
            “Fariz apa khabar?” tanya Mak Mah. Pertanyaan Mak Mah menyebabkan dia sedikit kaget.
            “Dia sihat,” jawab Nurul Iman ringkas.
            “Kenapa dia tak ikut sekali datang sini?”
            “Tadi dia ada operation. Iman takut dia penat. Tulah Iman tak ajak dia datang sini.”
            “Dah lama dia tak datang sini.”
            Nurul Iman membiarkan ucapan Mak Mah berlalu begitu sahaja. Tiba-tiba sahaja dia teringat akan kenangan dia dan Amir Fariz dua tahun lalu.
            PING! Ping! Hon kereta dibunyikan. Pintu pagar dibuka dan kereta Amir Fariz meluncur masuk. Kelihatan Nurul Iman sedang berjalan ke arahnya.
            “Hai!” sapa Amir Fariz.
            “Hai,” balas Nurul Iman. “Jadi tak kita pergi rumah anak yatim yang awak cakap tu?”
            “Jadilah. Kalau tak buat apa saya datang sini. Mama dengan papa awak mana?”
            “Diorang pergi rumah kawan. Awak tahu tak, sejak balik dari New Zealand, ni lah kali pertama saya keluar rumah.”
            “Iya ke? Ingat pulak dulu masa kita dekat New Zealand dulu. Best sebab kita selalu jugak keluar kan.”
            “A’ah. Kalah laki bini,” Nurul Iman ketawa. Amir Fariz juga.“Semua barang awak dah bawak sekali?” tanya Nurul Iman. Dia membetulkan sedikit tudungnya yang sedikit terselak.
            “Dah. Semua dah settle,” balas Amir Fariz.  “Jom lah.”
Sebentar kemudian, kereta Volkswagen Pollo Amir Fariz sudahpun berada di atas jalan raya. Keretanya menuju ke simpang untuk ke Rumah Anak Yatim Seri Kenanga. Hari itu mereka  berdua kebetulan bercuti daripada melakukan praktikal di hospital. Amir Fariz dan Nurul Iman sudah lama berkawan semenjak mereka berdua bertemu di Auckland. Satu pertemuan yang tidak disangka-sangka iaitu ketika Nurul Iman terlanggar Amir Fariz sewaktu mereka berdua berlari untuk menyelamatkan diri daripada hujan yang lebat. Ternyata mereka berdua seuniversiti. Sejak dari itu, mereka selalu sahaja bertemu dalam keadaan yang tidak disengajakan.
“Eh, dah sampai ke?” tanya Nurul Iman tatkala kereta Amir Fariz berhenti.
“Yalah. Awak nak jauh lagi ke?”
“Taklah. Saja aje tanya.”
“Cepat turun. Tolong saya angkat barang-barang kat dalam but tu. Banyak tau,” tutur Amir Fariz. Nurul Iman sekadar mengangguk kecil. Mereka berdua mengangkat barang-barang yang dibawa untuk anak-anak yatim di situ. Nurul Iman terkial-kial mengangkat sebuah beg plastik yang agak besar.
“Berat ke?” tanya Amir Fariz. Nurul Iman memandang ke arahnya.
“Arh!” Nurul Iman terjerit kecil. Dia hampir-hampir terjatuh ke atas jalan. Untung Amir Fariz sempat memaut pinggangnya yang ramping itu. Habis semua barang jatuh ke atas jalan. Nurul Iman menatap kejap mata coklat Amir Fariz sebelum berkata, “Riz! I’m so sorry. Habis semua jatuh!” Nurul Iman membetulkan posisi dirinya. Kemudian dia membongkokkan dirinya untuk mengambil semula beg plastik yang telah jatuh itu.
It’s okay Iman.” Amir Fariz turut membantunya. Nurul Iman memandang wajah insan yang berada di hadapannya. Satu ketenangan mula menjengah ke dalam jiwanya.
“Tenangnya..” tutur Nurul Iman tanpa disedarinya. Dia terlalu leka menilik wajah Amir Fariz.
“Apa?” tanya Amir Fariz. Keningnya terjungkit sedikit kerana menahan haba matahari yang memancar dari atas.
“Tak ada apa-apa lah,” balas Nurul Iman.
“Saya dengar awak cakap yang awak tenang tadi.”
‘Adui! Kena tangkap dah aku!’ getus Nurul Iman.
“Maksud saya tempat ni tenang sangat,” bohong Nurul Iman. Hanya itu alasan yang terbit di benaknya. Suaranya sedikit bergetar kerana menahan debaran. Rasanya hendak putus tangkai jantung!
“Oh… Jom masuk,” ajak Amir Fariz. Dia mengangkat barangan yang jatuh tadi. Nurul Iman menuju ke arah but kereta untuk mengambil lagi barang-barang yang lain. Terdapat sebuah papan tanda yang bertulis, ‘Rumah Anak Yatim Seri Kenanga’ di hadapan rumah tersebut. Mereka berdua meneruskan niat mereka untuk masuk ke dalam rumah anak yatim itu.
“Assalamualaikum,” ucap mereka berdua serentak. Tidak lama kemudian, salam mereka bersahutan.
“Ya ada apa cik?” tanya seorang wanita. Orang itu ialah Mak Mah.
“Kami sebenarnya datang sebab nak melawat kanak-kanak yang ada di sini. Kami juga bawa buah tangan untuk mereka,” jawab Amir Fariz sambil mengangkat beg plastik yang ada di tangannya. Mak Mah mengangguk. Nurul Iman melemparkan senyuman yang manis ke arahnya.
“Terima kasihlah cik berdua. Jarang orang muda macam kalian melawat rumah anak yatim yang usang ni,” balas Mak Mah.
“Mak cik jangan cakap macam tu. Kami ikhlas datang ke sini,” sampuk Nurul Iman pula.
“Panggil mak cik, Mak Mah aje. Anak berdua ni nama apa?”
“Saya Amir Fariz. Mak Mah boleh panggil saya Fariz,” Amir Fariz memperkenalkan diri.
“Saya Nurul Iman. Panggil Iman je Mak Mah.”
“Cantiknya nama kamu,” puji Mak Mah. “Secantik orangnya,” sambung Mak Mah lagi. Nurul Iman senyum lagi hingga menampakkan lesung pipit di sebelah pipi kanannya.
“Terima kasih mak cik,” ucap Nurul Iman.
“Eh, lupa pulak mak cik! Jom masuk. Kesian kamu bawa barang-barang tu. Berat tu. Meh masuk,” ajak Mak Mah. Mereka bertiga melangkah masuk. Nurul Iman merasakan satu kelainan apabila menjejakkan kaki ke dalam rumah anak yatim tersebut. Sejuta ketenangan muncul dan segala masalah hilang begitu sahaja. Mungkin kerana lokasi rumah anak yatim tersebut amat strategik. Cuaca pagi itu agak redup.
“Mak cik, ada berapa orang kanak-kanak yang tinggal kat sini?” tanya Nurul Iman setelah dia dan Amir Fariz meletakkan barangan yang mereka bawa di atas sebuah meja besar.
“Ada lima belas orang. Yang paling tua umurnya tiga belas tahun. Namanya Humaira. Yang lain kebanyakannya berumur di bawah lapan tahun,” jawab Mak Mah. “Humaira, mari sini!” panggil Mak Mah setelah melihat kelibat Humaira dari dapur.
“Ada apa Mak Mah?” tanya Humaira.
“Ni ada abang dengan kakak datang nak tengok kamu semua,” beritahu Mak Mah.
“Nak tengok kami? Nak jadikan anak angkat ke?” tanya Humaira lagi. Kali ini dia kelihatan serius.
“Anak angkat?” ajuk Amir Fariz. “Adik ingat abang dengan akak ni suami isteri ke?”
“A’ah,” Humaira mengangguk. Nurul Iman yang duduk di sebelah Amir Fariz ketawa kecil.
“Lupa Mak Mah nak tanya tadi. Kamu berdua ni suami isteri ke?” tanya Mak Mah pula.
“Taklah Mak Mah. Kami berdua ni kawan baik masa belajar dekat Auckland dulu. Sekarang ni kami tengah buat praktikal dekat hospital,” terang Amir Fariz.
“Iya ke? Kamu berdua nampak macam suami isteri,” balas Mak Mah. Amir Fariz dan Nurul Iman tersenyum agak lebar.
“Auckland, New Zealand? Doktor?” tanya Humaira bertalu-talu.
“Ya dik,” jawan Nurul Iman.
“Maira pun nak pergi Auckland jugak! Nak jadi doktor jugak!”
“Kalau macam tu Maira kena belajar bersungguh-sungguh lah. Maira kena rajin dan kuat semangat,” nasihat Nurul Iman.
“Abang dengan akak ni nama apa?” tanya Humaira. Dia duduk bersila di atas lantai.
“Abang, Fariz. Akak ni nama Iman,” tutur Amir Fariz. Humaira mengangguk.
“Maira pergi panggil adik-adik yang lain ya. Abang dengan akak nak jumpa,” arah Mak Mah. Dengan segera Humaira bangun lalu melangkah ke arah sebuah kamar. Tidak lama kemudian, keluar sekumpulan kanak-kanak dari kamar tersebut. Ada yang ketawa dan ada yang hanya tersenyum.
“Hai adik-adik semua!” sapa Amir Fariz ramah.
“Hai abang!” sahut mereka pula. Nurul Iman tidak henti-henti tersenyum melihat mereka semua.
“Tengok abang dengan akak bawak apa kat sini!” Amir Fariz mengangkat barang yang mereka berdua bawa. Semua kanak-kanak yang ada berlari ke arahnya. Ada yang minta didukung. Nurul Iman mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang berusia sekitar tiga tahun sementara Amir Fariz sibuk membagi-bagi semua barang yang mereka bawa.
“Terima kasih abang!” ucap semua kanak-kanak tersebut. Amir Fariz mengangguk sambil tersenyum.
“Kamu semua nak main tak?” tanya Amir Fariz.
“Nak!”
“Jom kita main kejar-kejar!” cadang Amir Fariz. Nurul Iman sudah dapat mengagak idea gila Amir Fariz itu. Memang dia sudah masak dengan perangai gila-gila Amir Fariz. Walaupun agak gila-gila tetapi dia seorang yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap seseorang. “Iman nak ikut main sekali?” tanya Amir Fariz. Nurul Iman mengangguk.
“Lebih baik kamu semua main dekat taman dekat belakang tu hah,” cadang Mak Mah. Mereka semua mula bergerak ke belakang rumah.
“Siapa yang jadi ek?” Amir Fariz menghayunkan jari telunjuknya berulang kali di atas mulutnya. “Yeah! I know!” Amir Fariz berpaling ke arah Nurul Iman. Sekali lagi dia dapat mengagak apa yang ada di fikiran temannya itu. Teman? Betulkah Amir Fariz hanya sekadar teman buatnya? Ah, lantaklah!
“Yalah, yalah. Kak Iman yang jadi okey. Siap-siap semua!” Nurul Iman menyatakan persetujuannya. Dia sudah bersedia untuk mengejar semua kanak-kanak yang ada di situ. Sasarannya sudah pasti insan yang bernama Amir Fariz!
“Kenapa awak kejar saya aje? Kejarlah budak-budak lain jugak!” marah Amir Fariz dalam nada yang bergurau. Termengah-mengah dia berlari dari Nurul Iman.
“Tak nak! Saya nak kejar ‘boss’ dia dulu!” balas Nurul Iman sambil mengejar Amir Fariz.
“Mana aci!” teriak Amir Fariz.
“Aci tak ada kat sini! Aci ada kat India!” jerit Nurul Iman pula. Setelah itu dia ketawa. Sudah hampir lima pusingan mereka berdua berlari mengelilingi taman kecil tersebut namun keputusan masih belum dapat dipastikan.
“Letihnya!” rungut Amir Fariz sambil berlari lagi.
“Kalau awak berhenti saya tangkap awak!” ancam Nurul Iman sambil tersenyum sinis. Dia tidak sedikitpun letih. Kanak-kanak yang lain sudahpun berhenti kerana keletihan dan masuk ke dalam rumah. Hanya mereka berdua yang memonopoli taman itu. “Aduh!” jerit Nurul Iman. Dia sudahpun jatuh tersembam ke atas tanah kerana tersadung kakinya sendiri. Amir Fariz berhenti berlari. Dia melangkah ke arah Nurul Iman.
“Iman, kenapa ni?” tanya Amir Fariz.
“Awak tanya kenapa? Tak nampak ke saya jatuh tadi?” balas Nurul Iman sambil mukanya berkerut menahan kesakitan.
“Boleh bangun tak?” tanya Amir Fariz. Risau akan pujaan hatinya itu. Nurul Iman perlahan-lahan bangun namun dia jatuh kembali.
“Aduh!” Nurul Iman mengaduh lagi. Dia memegang kaki kirinya yang amat sakit.
“Tak boleh bangun nampaknya ni. Nak buat macam mana ek?” Amir Fariz berfikir sejenak.
“Hei, apa awak buat ni?!” marah Nurul Iman namun sudah terlambat kerana Amir Fariz sudahpun mencempung tubuhnya untuk diangkat. Satu lagi debaran terhasil dan sejuta ketenangan lagi menjengah. Kalau boleh kira, sudah berjuta kali dia tenang dan berdebar hari itu.
“Kenapa ni Riz?” tanya Mak Mah apabila melihat Amir Fariz masuk dengan menggendong Nurul Iman yang kesakitan itu.
“Iman jatuh tadi. Agaknya kaki dia terseliuh tak. Mak Mah boleh tolong ambilkan first-aid kit tak?” Amir Fariz meletakkan Nurul Iman di atas sofa. Mak Mah bersegera ke dapur untuk mengambil kotak pertolongan cemas seperti yang diminta Amir Fariz.
“Aduh sakitnya!” teriak Nurul Iman perlahan.
“Tahanlah dulu,” balas Amir Fariz. Dia risau melihat Nurul Iman. Sebentar kemudian dia berkata, “Izinkan saya,” Amir Fariz tunduk. Nurul Iman tercengang. Amir Fariz menyelak sedikit seluar yang dipakainya hingga ke paras betis.
‘Beraninya dia!’ getus Nurul Iman. Dia memerhati Amir Fariz mengurut kakinya. Agak lembut. Tiada sekelumit rasa sakit sedikitpun. Amir Fariz sangat berhati-hati mengurut kakinya. Di dalam hati dia memuji kelembutan Amir Fariz.
“Sakit lagi?” tanya Amir Fariz. Tangannya masih lagi mengurut kaki Nurul Iman. Nurul Iman mengangguk.
“Maaf Mak Mah..” Kata-kata Mak Mak terhenti di situ. Dia terpaku melihat Amir Fariz sedang asyik mengurut kaki Nurul Iman.
“Ada apa Mak Mah?” tanya Nurul Iman sambil menahan sakit.
“Tak ada apa-apalah. Ni kotaknya Riz,” balas Mak Mah seraya menghulurkan kotak pertolongan cemas kepada Amir Fariz. Dengan segera dia menyambar kotak yang dihulurkan Mak Mah tadi. Kemudian dia mengambil sebotol ubat sapu untuk disapu ke kaki Nurul Iman.
“Tahan ek. Ubat ni pedih sikit,” tutur Amir Fariz lalu menyapu ubat ke kaki Nurul Iman.
‘Taulah! Macam aku tak tau ubat tu pedih. Aku pun doktor jugak!’ bisik Nurul Iman. Dia menahan pedih yang terasa. Mak Mah hanya diam memerhatikan mereka berdua. Amir Fariz menyudahkan kerjanya dengan membalut kaki Nurul Iman.
“Okey siap!” teriak Amir Fariz perlahan.
Thanks Riz,” ucap Nurul Iman. Dia memandang Amir Fariz dengan pandangan yang amat dalam. Amir Fariz mengangguk sambil tersenyum. Ketampanan jelas kelihatan apabila dia tersenyum.
“Mak Mah, kami rasa kami balik dululah,” Amir Fariz meminta izin. Dia membangunkan dirinya. Nurul Iman turut ingin berbuat begitu namun amat sukar untuknya untuk bangun. “Boleh bangun ke tak ni?” tanya Amir Fariz. Nurul Iman mengangguk. Dia bangun perlahan-lahan. Memandangkan dia sukar untuk berjalan, Amir Fariz membantu untuk memapahnya ke kereta.
“Terima kasih Iman, Riz sebab sudi datang ke sini. Kalau kad jemputan dah ada jangan lupa jemput Mak Mah. Manalah tahu kalau-kalau Mak Mah boleh bantu kamu berdua buat persiapan,” ucap Mak Mah.
“Maksud Mak Mah?” tanya Nurul Iman.
“Kalau kamu nak kahwin nanti,” jawab Mak Mah. Nurul Iman dan Amir Fariz tersentak. Mereka saling berpandangan.
‘Kahwin?! Macam mana nak kahwin? Aku tak tahu pun perasaan dia macam mana kat aku,’ bisik Nurul Iman.
“Insya-Allah Mak Mah,” Amir Fariz menjawab soalan Mak Mah tadi. “Kami pergi dulu ya. Assalamualaikum,” ucap Amir Fariz. Dia memapah Nurul Iman yang masih terhincut-hincut kesakitan. Mak Mah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melihat gelagat Amir Fariz yang sedang memapah Nurul Iman menuju ke kereta.
NURUL Iman tersedar dari tidurnya yang sekejap itu. Dia mendapati dirinya sedang berbaring di atas sofa. Ternyata dia masih mengingati peristiwa yang berlaku sebelum dia dan Amir Fariz berkahwin. Dia melihat jam tangannya.
‘Alamak! Dah pukul empat petang?!’ teriak hatinya. Segera dia bangun dari tempat pembaringannya.
“Dah bangun Iman?” tegur Mak Mah.
“A’ah Mak Mah. Iman mintak maaf sangat-sangat sebab Iman tertidur tadi,” balas Nurul Iman sambil memegang perutnya yang terasa amat pedih kerana seharian dia tidak menjamah makanan.
“Takpe. Muka Iman pucat lagi ni. Iman makan tak pagi tadi?”
“Tak. Iman tak makan pun.”
“Kenapa tak makan? Kesian anak kat dalam perut tu.”
“Balik nanti Iman makan okey. Iman balik dululah Mak Mah. Dah lewat sangat ni. Iman minta maaf kalau Iman menyusahkan Mak Mah,” balas Nurul Iman lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Mak Mah. Dia memeluk wanita itu.
“Iman jaga diri tau,” pesan Mak Mah. Nurul Iman mengangguk.
“Terima kasih Mak Mah,” bisik Nurul Iman. Dia meleraikan pelukannya lantas menyambar beg tangannya. Kakinya melangkah deras menuju ke arah kereta.
KERETANYA memasuki pekarangan rumahnya yang kini sepi. Kelihatan sebuah kereta sudah terparkir di garaj kereta. Nurul Iman berasa sedikit berdebar ditambah lagi perutnya yang amat pedih apabila melihat kereta Amir Fariz di situ. Setelah menarik nafas sedalam-dalamnya, dia melangkah perlahan menuju ke pintu rumah. Pintu rumah diketuk. Sekali, dua kali dan …. Pintu rumah terkuak perlahan-lahan. Amir Fariz muncul di sebalik pintu itu. Wajahnya kelihatan kusut dan tidak bermaya.
“Iman pergi mana?” tanya Amir Fariz agak kencang. Nurul Iman tidak sempat untuk bersuara dahulu.
“Iman…” Nurul Iman sudah tidak mampu untuk bersuara. Amir Fariz merentap kasar tangannya masuk ke dalam rumah. Nurul Iman masih lagi berdiam diri.
“Jawab!” bentak Amir Fariz kasar. Nurul Iman tersedu-sedu menangis. “Oh, tak nak jawab ya?” Apa ni?! Apa?!” tanya Amir Fariz. Dia melemparkan sekeping sampul surat ke lantai. Nurul Iman terkial-kial mengutipnya semula. Dia membuka sampul tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa benda yang berada di dalam sampul itu adalah gambarnya sendiri. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia membelek-belek kembali foto-foto tersebut. Memang sah itu adalah gambarnya ketika dia berada di rumah anak yatim tadi.
“Mana abang dapat semua ni?” tanya Nurul Iman.
“Mana abang dapat itu tak penting! Kenapa Iman tak minta izin abang dulu kalau nak pergi mana-mana? Kenapa?!” bentak Amir Fariz lagi. Sememangnya dia telah mengupah seseorang untuk mengikuti jejak Nurul Iman kerana dia sudah menjangkakan bahawa ini semua akan berlaku.
“Iman.. Iman tak nak ganggu abang!”
“Tak nak ganggu abang? Tipu!”
“Betul. Sumpah abang,” Nurul Iman mempertahankan dirinya. Mukanya semakin lama semakin pucat. Seharian tidak makan menyebabkan tubuhnya kurang bermaya. Seluruh ruangan dirasakannya berputar.
“Abang tak percaya! Iman ada orang lain kan?!”
“Tak ada abang! Iman tak ada orang lain. Iman tak tipu abang. Selama ni Iman setia dekat abang. Entah-entah abang pun ada orang lain! Sebab tu abang buat Iman macam ni kan!” bentak Nurul Iman pula. Dada Amir Fariz turun naik menahan kemarahan yang ada. Sepantas kilat dia menampar Nurul Iman. Isterinya itu jatuh ke atas lantai. Nurul Iman mengangkat mukanya. Secalit darah terbit di tepi bibirnya.
“Iman…” Amir Fariz mendekati isterinya. Dia cuba memegang tangan isterinya. Nurul Iman merentap kasar tangannya. “Iman, abang minta maaf! Sayang.. Jangan buat abang macam ni,” ratap Amir Fariz. Nurul Iman tidak memandang wajahnya.
“Mama dengan papa pun tak pernah sekasar ni dengan Iman. Abanglah penyebabnya! Abang! Abang jahat! Jahat!” teriak Nurul Iman. Dia menangis semakin kencang. Dengan pantas dia bangun lalu melangkah ke arah pintu keluar. Amir Fariz menghalangnya.
“Iman, tolong jangan tinggalkan abang! Please, sayang!” rayu Amir Fariz. Nurul Iman tidak menghiraukan suaminya. Dia melangkah keluar. “Sayang, please! Jangan!” rayu Amir Fariz lagi. Nurul Iman menghidupkan kembali enjin keretanya. “Iman! No!” teriak Amir Fariz lagi. Akhirnya dia hanya membairkan kereta Nurul Iman meluncur pergi. Setitis air mata lelakinya jatuh. Hidupnya sudah tidak bermakna lagi tanpa isteri di sisi.
Nurul Iman tidak tahu lagi hendak memandu ke mana. Dia memandu tidak tentu arah sekali. Kepalanya terasa amat berat apabila teringat kejadian yang berlaku tadi. Dia seakan-akan tidak percaya Amir Fariz tega membuatnya begitu. Dia menekan pedal minyak. Keretanya bergerak semakin laju, laju dan … Dumm! Keretanya bertembung dengan sebuah kereta yang lain. Perlahan-lahan matanya tertutup. Hanya Allah yang ada di ingatannya sekarang. Hanya Dia…
“IMAN, tolong jangan tinggalkan abang! Please sayang! Sayang please! Jangan!” jeritan Amir Fariz terngiang-ngiang di telinganya. Terasa ingin membuka mata namun ianya amat berat sekali. Jeritan Amir Fariz berterusan terngiang-ngiang di telinganya. Mesin pembantu pernafasan berbunyi kuat. Seorang doktor dan jururawat masuk ke dalam. Denyutan nadinya semakin lama kian lemah. Doktor mengepam jantungnya. Sekali, dua kali, tiga kali, empat kali dan … Kedengaran suaranya terbatuk-batuk. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Mulanya, semua kelihatan kabur. Kemudian, ia menjadi semakin terang dan terang. Dia dapat melihat semua orang yang ada di sekelilingnya.
“Mama, papa, Abang Am… ,” ucap Nurul Iman lemah. Dia dapat merasakan kesakitan yang amat sangat di bawah ari-arinya. Perutnya juga terasa amat pedih. Sebentar kemudian, pintu bilik dikuak perlahan. Amir Fariz muncul di sebaliknya. Wajahnya kelihatan sugul. Abang Nurul Iman, Adam terus meluru ke arahnya. Satu tumbukan diberikannya tepat ke muka Amir Fariz. Amir Fariz sedikit terundur ke belakang.
“Apa kau buat kat adik aku hah sampai dia jadi macam ni?! Apa yang kau dah buat?!!” tanya Adam. Kemarahannya meluap-luap. Mukanya menyinga.
“Abang, maafkan saya. Semuanya salah saya!” tutur Amir Fariz. Dia terduduk di atas lantai. Nurul Iman menghafal raut wajah Amir Fariz. Serta-merta dia teringat akan kejadian yang berlaku sebelum dia kemalangan. “Sayang… Maafkan abang,” ucap Amir Fariz sedih. Dia memandang sayu wajah isterinya yang sedang terlantar di atas kalil. Nurul Iman masih lagi memandang wajah suaminya tanpa berkata apa-apa. Hendak marah dia sudah tidak mempunyai kudrat lagi. Terasa bagai berjuta batu besar sedang menindih dirinya sekarang. Nurul Iman memegang perutnya.
“Ma, anak Iman macam mana?” tanya Nurul Iman. Dia memandang wajah mamanya. Puan Aini menangis teresak-esak. Dia sudah tidak dapat membendung lagi rasa sedihnya itu. Dikeluarkannya juga di hadapan Iman. “Ma, anak Iman macam mana? Dia baik-baik je kan? Ma!” tanya Nurul Iman lagi.
Amir Fariz berasa amat sedih melihat isterinya. Masih terngiang-ngiang lagi suara doktor yang merawat Nurul Iman memberitahu sesuatu kepadanya.
“Maafkan saya encik. Kandungan isteri encik tidak dapat diselamatkan,” beritahu doktor itu. Amir Fariz menumbuk dinding berulang kali. Rasa menyesal mula menyelubungi dirinya.
“Iman, sabar sayang. Anak Iman dah tak ada,” ucap Puan Aini. Dia semakin sebak. Nurul Iman meraung sekuat hati. Dia berteriak seperti orang gila. Menangis, menangis dan menangis. Puan Aini keluar diikuti oleh suaminya kerana tidak tahan melihat keadaan anak mereka. Adam hanya berdiam diri sambil menangis. Amir Fariz meluru ke arah isterinya yang seperti tidak siuman itu. Dia memeluk isterinya. Nurul Iman menangis semakin kencang di dalam pelukannya. Doktor bersama seorang jururawat masuk ke dalam.
“Maafkan saya. Saya harap encik berdua boleh keluar sebentar. Saya mesti memberikan ubat penenang untuk puan ini,” arah doktor tersebut.
“Dia isteri saya! Saya tak nak keluar!” teriak Amir Fariz. Doktor tersebut sedikit kaget. Adam sudahpun keluar setelah diberi arahan. Doktor itu tetap memberikan suntikan penenang untuk Nurul Iman. Akhirnya, Nurul Iman terlelap dengan sendirinya. Amir Fariz menggenggam erat tangan isterinya. Di dalam hatinya tidak lepas memohon ampun kepada Tuhan atas kesilapan yang telah dilakukan. Dia sudah bertekad untuk tidak mengulanginya lagi.
PUAN Roznah melangkah deras ke wad 5E1. Setelah melihat Puan Aini, Encik Nuh dan Adam di luar kamar Nurul Iman, dia berhenti melangkah.
“Aini, macam mana dengan Iman?” tanya Puan Roznah. Puan Aini masih lagi menangis namun tidak sekencang ketika dia berada di dalam wad Nurul Iman.
“Dia baru sedar, Nah. Tapi doktor bagi ubat penenang sebab… sebab…” Puan Aini menjadi sebak. Anak yang berada di dalam kandungan Nurul Iman merupakan cucu sulungnya memandangkan isteri Adam belum lagi hamil. Semua angan-angannya selama ini musnah.
“Kenapa Aini?” tanya Puan Roznah lagi.
“Iman keguguran,” jawab Puan Aini. Puan Roznah terpempan. Harapannya untuk menimang cucu sulung juga telah berkecai. Dia melangkah ke kamar Nurul Iman. Dia dapat melihat Amir Fariz yang sedang menggenggam tangan Nurul Iman. Sesaat pun dia tidak melepaskan pegangannya.
“Riz, semuanya salah mama!” tutur Puan Roznah. Amir Fariz diam. Tidak berbunyi suara sedikitpun. “Kalaulah mama tak suruh Iman berhenti kerja, mesti dia tak tertekan dan tak jadi macam ni! It is all my fault.” ucap Puan Roznah lagi. Amir Fariz masih lagi diam. Puan Roznah tahu bahawa Amir Fariz juga sedang tertekan. Puan Roznah melangkah keluar semula.
Walaupun di dalam hati Amir Fariz berasa sedikit kesal terhadap mamanya, namun apakan daya dia seorang manusia biasa? Puan Roznah ialah ibunya sendiri. Tidak sepatutnya dia mempunyai perasaan benci sedikitpun terhadap mamanya. Amir Fariz hanya mampu berdiam diri. Dia tidak mahu terlampau mengikut emosinya yang masih tidak stabil. Yang perlu dia lakukan saat itu hanyalah berdoa untuk kesembuhan isterinya tercinta.
PERLAHAN-lahan Nurul Iman membuka matanya apabila berasa ada suatu cahaya yang menyilaukan menusuk ke matanya. Hari dan pagi yang baru berganti. Dia dapat merasakan bahawa ada seseorang yang sedang menggenggam erat tangannya. Dia menghafal raut wajah insan yang sedang tidur di sisinya. Dia tidur hanya berlapikkan tangannya. Mukanya kelihatan kusut dan tidak bermaya. Walaupun keadaan Amir Fariz seperti itu, dia tetap tidak melepaskan pegangannya. Hal itulah yang membuat Nurul Iman kagum dengannya semenjak dahulu lagi.
‘Abang.. Kalaulah abang tahu Iman sayang sangat kat abang. Semua ni bukan salah abang..’ bisik Nurul Iman. Perlahan-lahan dia melepaskan tangan Amir Fariz yang setia terlekap pada tangannya. Badan suaminya itu bergerak sedikit. Kemudian terbatuk-batuk kecil. Setelah itu, Amir Fariz membuka matanya. Dia melihat Nurul Iman yang sedang tersenyum memandangnya. Di dalam hati juga dia telah bertekad untuk membina hidup baru lagi bersama Amir Fariz. Dia ingin melupakan segala masalah yang pernah mengambil tempat di antara mereka.
Morning, abang!” ucap Nurul Iman ceria.
Morning..” sahut Amir Fariz pula. Suaranya kedengaran lemah. Perutnya berbunyi sedikit kerana dari semalam dia tidak menjamah makanan. Dia tidak mempedulikan semua itu demi Nurul Iman. Yang anehnya kenapa emosi Nurul Iman sudah stabil? Amir Fariz tersenyum. Ini bererti Nurul Iman sudah bisa menerima kenyataan.
“Kenapa abang diam?” tanya Nurul Iman. Amir Fariz memandang tepat ke mata isterinya yang redup.
“Sayang, abang minta maaf. Semua ni salah abang! Anak kita mati sebab..”
No!” potong Nurul Iman. “Semua ni bukan salah abang atau sesiapa sekalipun. Ni semua takdir, bang. Dahlah tu. Kita bina lembaran baru semula. Kita lupakan apa yang pernah terjadi okey?”
Amir Fariz mengangguk.
“Ya. Kita mulakan hidup baru bersama-sama.” Amir Fariz menggenggam tangan Nurul Iman kemudian dia mengucup tangan itu.
“Dahlah tu. Iman nak mandi dulu ni,” balas Nurul Iman. Dia bangun untuk menjejakkan kaki ke lantai. Amir Fariz ingin membantu isterinya. “Takpe bang. Iman masih gagah lagi lah.”
“Jangan degil! Iman tak sihat lagi ni,” kata Amir Fariz. Dia melihat kepala isterinya yang berbalut. Risau juga kalau-kalau isterinya pening dan pitam.
“Yalah yalah!” Nurul Iman akhirnya akur. Dia membiarkan Amir Fariz memimpinnya ke tandas. Amir Fariz berdiri di dalam bilik air. Dia setia menunggu Nurul Iman. Tatkala isterinya tu ingin membuka baju, dia menutup mata. “Abang! Buat apa lagi kat sini? Iman nak mandilah.”
“Abang takut Iman jatuh,” balas Amir Fariz.
“Tak ada maknanya lah. Sengajalah tu nak intai orang mandi.”
“Mana ada.” Amir Fariz mendekatkan dirinya kepada Nurul Iman. Dia ingin mengucup dahi isterinya.
No, no! Nak cium, nanti okey. Sekarang Iman nak mandi. Jangan kacau. Keluar cepat.” Nurul Iman menolak tubuh sasa Amir Fariz. Amir Fariz akur dan keluar juga. Dia tersenyum sendirian.
Sweet jugak bini aku tu ek!’ bisik Amir Fariz. Dia tersenyum semakin lebar.
SEUSAI mandi, Nurul Iman dan Amir Fariz berbual-bual kosong dia atas katil. Amir Fariz menyisir rambut isterinya. Nurul Iman memakan buah anggur yang dibawa oleh orang tuanya awal pagi tadi. Sesekali dia menyuapkan anggur tersebut ke dalam mulut Amir Fariz. Mereka berdua ketawa bersama-sama. Jururawat mahupun pekerja memuji kemesraan mereka berdua. Memang itulah yang dinamakan cinta sejati hingga mati.
Sebentar kemudian, pintu wad dikuak perlahan. Seorang wanita muncul disebaliknya.
“Mama?” Amir Fariz terkejut melihat Puan Roznah melangkah masuk. Puan Roznah menghadiahkan segaris senyuman buat mereka berdua. Riak wajah Nurul Iman serta-merta berubah apabila melihat sekujur tubuh yang amat dikenalinya. Dia terkenang kembali kejadian yang berlaku semalam. Namun cepat-cepat dia beristighfar di dalam hati. Dia tidak mahu mengenangnya lagi. Dia sudah berjanji kepada dirinya sendiri.
“Iman dah sihat?” tanya Puan Roznah.
“Alhamdulillah ma. Rasa sihat sikit sekarang,” jawab Nurul Iman.
“Mama minta maaf sangat-sangat Iman. Sebab mamalah Iman jadi macam ni! Sebab mamalah cucu mama dah pergi! Sebab mama jugaklah Iman serba salah. Kalaulah mama tak minta Iman berhenti kerja, pasti semua ni takkan terjadi.” Puan Roznah menangis.
“Dahlah mama. Semua ni bukan sebab mama. Ini semua takdir, ma. Takdir. Kita tak boleh lawan takdir yang telah ditetapkan untuk kita. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Walaupun anak Iman dah tak ada, tapi Tuhan kurniakan  anak untuk abang Adam. Baru tadi dia bagitau Kak Lisa hamil. Iman bersyukur sangat,” ujar Nurul Iman tenang.
“Alhamdulillah,” Puan Roznah melontarkan kalimah syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan. Ternyata disebalik hujan ada pelangi yang tersembunyi. Kebahagiaan jelas terpancar setelah terbitnya pelangi itu.
JAM menunjukkan jam enam petang. Nurul Iman mengusap perutnya. Kandungan yang sudah berusia enam bulan itu sudah pandai menendang-nendang perutnya. Anak di dalam kandungan itu amat pintar. Jika dia melakukan sesuatu pekerjaan, dia mahu dirinya diusap-usap. Kadang-kadang sebelah tangannya membuat kerja dan sebelah lagi mengusap perutnya yang sudah memboyot itu.
“Abang! Cepat sikit turun! Iman takut kita tak sempat nanti!” teriak Nurul Iman. Amir Fariz masih lagi bersiap-siap di atas. Biasanya perempuan yang suka berdandan, kali ini pula terbalik. Lelaki pula yang suka berdandan rapi. Amir Fariz segera turun ke bawah. Keharuman minyak wangi eu de toilette jelas dapat dihidu seseiapa sahaja yang berada di ruang tingkat bawah itu.
“Kenapa diam?” tanya Amir Fariz setelah melihat Nurul Iman sedang asyik memerhati seluruh pelosok dirinya.
“Wanginya!” tutur Nurul Iman. Dia tidak tahu sama ada itu adalah pujian ataupun sebaliknya.
“Thank you,” ucap Amir Fariz. Dia meletakkan tangannya ke atas bahu Nurul Iman.
“Jadi tak nak pergi ni?” tanya Nurul Iman.
“Pergi mana?” tanya Amir Fariz pula.
“Abang ni sengaja kan buat-buat tak ingat!” Nurul Iman mencubit pipi suaminya.
“Ouch! Sedapnya sayang cubit! Cubitlah lagi!”
Nurul Iman membulatkan matanya.
“Sengajalah tu nak sakat orang.”
“Taklah. Takkan nak gurau dengan isteri sendiri tak boleh kot.” Amir Fariz mengucup dahi isterinya. “Okeylah. Jom kita pergi tengok matahari terbenam okey.”
“Yes! Jom!” Nurul Iman ingin melangkah ke pintu. Amir Fariz menarik Nurul Iman ke dalam pelukannya.
“Abang sayang Iman!” bisik Amir Fariz. Nurul Iman membalas pelukan suaminya itu.
“Iman pun sayang abang jugak,” balas Nurul Iman.
“Sayang tahu tak, abang bersyukur sangat sebab Tuhan kurniakan Iman untuk abang. Abang janji abang takkan sia-siakan Iman sebab sayanglah anugerah terindah dari Tuhan untuk abang,” ucap Amir Fariz ikhlas. Nurul Iman menitiskan air matanya. Sungguh besarnya cinta Amir Fariz untuknya. Amir Fariz juga merupakan anugerah terindah dari tuhan buatnya. Betapa bahagianya jika kita dapat hidup bersama dengan orang yang kita cintai.
Oleh itu, janganlah mempersiakan cinta yang ada kerana cinta sejati tidak akan datang buat kedua kalinya…..
Ahad, 13/5/2012,4.17 p.m
Laurel-adamila.blogspot.com

  • Thank you for visiting -Finn :) x
  • Blogger Finn said...

    tq sebab sudi bace entri pnjg ni >,<

     

    Post a Comment

    Thanks for sharing your opinion ! :)